Belum bentuk Kabinet, Umno sudah kembali ke perangai asal

Oleh ARIF ATAN

Tular beberapa keping gambar memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno berada dalam sebuah pesawat.

Turut kelihatan beberapa pemimpin Umno antaranya Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tiga lagi Ahli Parlimen Umno yang mengikut Ismail Sabri dalam rombongan ke lokasi bencana itu ialah Datuk Sri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Sri Hasan Arifin (Rompin) dan Datuk Mohd Salim Sharif (Jempol).

Rata-rata warganet mempertikai kewajaran pemimpin Umno diangkut sama dalam pesawat kerajaan bersama lawatan Ismail Sabri ke kawasan bencana kepala air atau banjir puing di Yan, Kedah itu.

Antaranya, Moza Rella Mza yang berpendapat Ismail Sabri awal-awal lagi gagal bahkan jauh lebih teruk daripada Mahiaddin Md Yassin ketika menjadi Perdana Menteri.

Baca Artikel Penuh