Kini semakin banyak muka baru dalam industri seni hingga kadang kala sukar untuk mengenali nama mereka.
Pelakon yang sering terkenal kerana menjiwai hingga menyentuh hati penonton, Ummi Nazeera tampil berkongsi mengenai pengalaman bekerja dengan muka baru.
Ummi akui pernah melepaskan kemarahan dan menengking seorang pendatang baru dalam industri hiburan kerana tidak menepati masa penggambaran.
Menurut Xtra, dia tidak dapat menahan sabar apabila pelakon baru itu sering lambat ke lokasi sehingga menyusahkan krew dan pelakon senior.
Tindakan sambil lewa pelakon baru itu dilihat sebagai tidak menghormati mereka yang terpaksa menunggu lama untuk melakonkan babak.
“Nak menyusahkan saya yang masih ada energi ok lagi tapi ini menyusahkan orang tua. jadi saya termarah dia dalam nada yang agak tinggi.
“Dia buat benda tu berterusan, jadi saya mengamuk dekat dalam bilik. Saya cakap ‘jangan buat macam ni, sangat kurang ajar’,” ujar Ummi seperti dipetik Xtra.
Bagaimanapun aktres baru itu tidak melawan dan menerima tegurannya serta meminta maaf kepada semua pelakon dan pihak produksi.
Tambah Ummi, hubungannya dengan aktres tersebut masih baik dan sentiasa bertegur sapa setiap kali bersu muka di mana-mana acara.
Pada masa sama, Ummi turut menasihati pelakon baru yang baru berjinak dalam industri senin untuk mementingkan adab dalam pekerjaan.
“Pengajarannya, kalau nak kerja jangan susahkan orang lain terutamanya pelakon yang sudah berusia. Saya sangat sensitif apabila melibatkan orang tua.
“Kalau tak boleh berlakon (kayu) pada saya tak ada masalah tapi kalau adab tak ada, benda tu boleh jadi satu perkara besar,” tambahnya.
Baca juga: “Jaga diri kau jangan sampai jadi sun**l!”, Che Ta bidas netizen yang label Aaisyah ‘pick me girl’