Gigitan lintah lazimnya tidak membawa maut, namun ia boleh menjadi berbahaya sekiranya tidak dirawat dengan betul, terutama kepada kanak-kanak.
Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan di kemaluan dipercayai digigit lintah.
Ketika kejadian, mangsa berusia 7 tahun dikatakan bermain di sawah sempena satu program yang berlangsung di Sungai Rambai, Jasin, Melaka lapor Harian Metro.
Menurut sumber, polis menerima makluman berkenaan kejadian tersebut kira-kira jam 1 tengah hari selepas pihak Wad Kecemasan Hospital Jasin menghubungi mereka.
“Mangsa dibawa ibunya ke hospital selepas mengalami kesakitan dan pendarahan ketika bermain di kawasan sawah berkenaan.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan luaran pada bahagian kemaluan mangsa,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Dalam masa sumber memaklumkan, ibu mangsa berkongsi bahawa anaknya hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam ketika kejadian.
Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut dan doktor tidak menolak kemungkinan pendarahann berpunca daripada gigitan lintah.
“Namun tiada sebarang unsur kecederaan trauma atau jenayah seksual dikesan,” katanya.
Laporan polis dibuat bagi melengkapkan keperluan prosedur perubatan berkaitan kes berkenaan.
Baca juga: Terjawab kenapa banyak minyak masak dekat pasar raya sekarang