Demi keluarga, wanita ini mengorbankan dirinya sepanjang usia muda, menumpukan segala perhatian kepada suami dan anak perempuannya.
Tetapi selepas keputusan perceraian dibuat, dia kini menuntut pampasan, sebagai penghargaan terhadap pengorbanan yang telah diberikan sepanjang masa.
Menurut Oddity Central, Mahkamah wilayah di Pontevedra, Sepanyol memerintah seorang lelaki membayar 88,025 euro (kira-kira RM451,000) kepada bekas isteri.
Ia adalah susulan wanita tersebut sepanjang perkahwinan hanya menumpukan sepenuh perhatian buat keluarga dan membesarkan anak perempuan tunggalnya.
Dihalau keluar selepas bercerai
Lebih menyedihkan wanita yang selama ini tidak bekerja dipaksa keluar dari rumah disebabkan si suami menuntut untuk tetap tinggal di situ.
Akibat perbuatan tersebut, wanita yang kini sudah berusia terpaksa mencai pekerjaan dengan kadar segera untuk menyara dirinya.
Tidak mahu menyerah kalah, wanita tersebut akhirnya mengemukakan tuntutan pampasan untuk semua kerja rumahnya selama tempoh itu.
Pada awalnya mahkamah menetapkan pampasan perlu dibayar oelh defendan adalah sebanyak 120,000 euro (kira-kira RM615,066).
Namun defendan meminta pengurangan sebanyak 60,000 euro (kira-kira RM307,533) atas alasan wanita tersebut sudah bekerja dan anak mereka sudah besar.
Bagaimanpun bekas isteri menuntut kenaikan bayaran pencen selepas 26 tahun mendedikasikan diri buat anak perempuan mereka.
Dalam hujahnya, wanita itu memberitahu mahkamah dia bekerja dari 1989 hingga setahun selepas berkahwin dengan bekas suaminya, sebelum menjadi suri rumah sepenuh masa.
Akhirnya, Mahkamah Wilayah Pontevedra memutuskan pampasan awal sebanyak 120,000 euro (kira-kira RM615,066) dikurangkan kepada 88,025 euro (kira-kira RM451,177).
Lelaki itu juga diperintahkan membayar bekas isterinya pencen sebanyak 350 euro (kira-kira RM1,794) sebulan selama tiga tahun, dan ia dikemas kini setiap tahun mengikut indeks inflasi negara.
Baca juga: Malaysia sambut baik gencatan senjata Thailand-Kemboja