Disangka bawa baju ‘spare’, rupanya pekerja seludup barang curi dalam beg sandang

Oleh MALAYSIADATELINE

Seorang pekerja wanita terbongkar mencuri duit dan barangan dari kedai tempatnya bekerja sejak tahun lalu.

Perkara itu hanya terbongkar baru-baru ini selepas satu siasatan dalaman dijalankan berikutan kehilangan stok dan wang yang mencurigakan.

Menurut majikan, suspek merupakan individu yang diberi kepercayaan penuh untuk menguruskan kedai, termasuk menutup premis setiap hari.

Tanpa disangka, kepercayaan itu disalah guna apabila dia mengambil kesempatan pada waktu-waktu akhir kerja ketika tiada orang lain di premis.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Mardhiah Cosmetics, pekerja tersebut mengakui dia mencuri duit dan barang dalam kedai sejak tahun lepas.

“Hasil soal siasat, staf ni sendiri mengaku dia curi duit dan barang dalam kedai sejak tahun lepas lagi. Lama dah bukan sehari dua.

Ruginya? Allah je tahu. Dia lah orangg terakhir tutup kedai jadi dia ambil kesempatan waktu akhir kerja, waktu orang tak ada,” kongsinya di TikTok.

Lebih licik, dia menyimpan barangan curi di tempat yang tidak dapat dilihat oleh kamera litar tertutup (CCTV), sebelum memasukkannya ke dalam beg besar sebaik lampu ditutup.

“Dia simpan barang siap-siap, letak tempat yang CCTV tak nampak. Bila tutup lampu je, dia sumbat barang-barang curi tu dalam beg.

“Mu (awak) tahu? Staf lain tak ada bawa beg mari (datang) kerja. Beg dia besar gedabak!
Rupanya bukann sebab nak bawa baju spare, tapi nak muat barang curi,” jelasnya.

@dhiah91

Hasil soal siasat, staff ni sendiri mengaku dia duk curi duit dan brg dalam kedai sejak tahun lepas lagi. Lama dh. Bukan sehari dua. Ruginya? Allah je tahu. Dia lah org terakhir tutup kedai. Jadi dia ambil kesempatan waktu akhir kerja, waktu orang takdok. Dia simpan barang siap siap, letak tempat yang CCTV tak nampak. Bila tutup lampu je, dia sumbat barang-barang curi tu dalam beg. Mu tahu? Staf lain xdok bawa beg mari kijo..Beg dia besor gedabak! Rupanya bkn sebab nk bawa baju spare, tapi nak muat barang curi. Bos ni? Punyalah baik. Percaya 100%. Siap amanah suruh jaga kedai sorang-sorang. Tak masuk campur sangat sebab yakin dia boleh urus. Siap bagi reward barang kemas, bawa berjalan, cuti staff trip tiap tahun. Belanja makan tak usah cakap lah, selalu sangat. Tapi akhir sekali, Madu diberi, tuba dibalas. Percaya diberi, dikhianat tanpa rasa bersalah. Buat baik pun tetap kena tikam dari belakang. Rupanya, api dalam sekam. Rupanya, manusia kalau tamak… tak kenal erti syukur. #mardhiahcosmetic #stafmencuri #pengkhianat #takamanah #mencuri

♬ original sound – viralmusichitsofficial

Malah, staf itu turut diberi layanan baik termasuk ganjaran seperti barangan kemas, percutian tahunan, serta layanan istimewa sebagai kakitangan yang dipercayai.

“Bos ni punyalah baik, percaya 100% siap amanah jaga kedai seorang diri dan tak masuk campur sangat sebab yakin dia boleh urus.

“Siap bagi reward barang kemas, bawa berjalan, cuti staf dan trip tiap tahun tapi akhir sekali ibarat ‘madu diberi, tuba dibalas’.

“Percaya diberi, dikhianat tanpa rasa bersalah. Buat baik pun tetap kena tikam dari belakang, rupanya api dalam sekam. Manusia kalau tamak tak kenal erti syukur,” tegasnya.

Baca juga: Tiada lagi video masakan? Che Nom umum tutup buku, mahu undur diri dari dunia ‘influencer’