Dr Maza terkesima dengar ucapan ahli politik mahu menang PRU untuk lepas dari tuduhan rasuah

Oleh KIM SYAZIE

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza) berkata, beliau terkesima mendengar ucapan seorang ahli politik yang secara terang-terangan mengakui bahawa parti itu perlu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi menyelamatkan diri dari tuduhan rasuah.

Maza dalam ciapan di Twitter tidak merujuk kepada sesiapa namun sejak beberapa hari ini, nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disebut-sebut selepas ucapannya tular kerana memetik satu persatu nama kepimpinan BN yang mungkin menghadapi perbicaraan sekiranya parti itu tewas lagi.

“Pilihan raya kali ini mother of all general election. Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU-14. Bukan saya sahaja kena caj, Tok Mat you are in the waiting list. Tan Sri Viki (Vigneswaran) don’t laugh, you are also included. What more Datuk Seri Saravanan.

“Bagi mengelakkan ini kita wajib menang dengan dominan di dalam PRU-15 ini saudara, saudari,” ucap Zahid dalam rakaman pendek yang tular baru-baru ini.

Rakaman ucapan Zahid itu kemudian mengundang banyak kritikan dan Maza berkata, jika benar itu berlaku, negara akan menjadi syurga rasuah.

“Terkesima mendengar, bagaimana secara terang orang politik boleh mengaku tujuan untuk menang PRU adalah bagi mengelakkan kes rasuah mereka dibicarakan di mahkamah.

Baca Artikel Penuh