Graduan gaji RM2k tapi dah miliki kad kredit untuk melancong, OOTD…

Oleh KIM SYAZIE

Ada segelintir golongan muda yang bergaji RM2,000 tetapi sudah berjinak dengan penggunaan kad kredit sehingga terjerat dengan masalah kewangan yang serius.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk M Bakri Abd Majid melihat perkara ini amat berbahaya kerana golongan muda khususnya graduan baru tamat belajar tidak seharusnya memiliki kad kredit sendiri.

Ini kerana kata beliau, golongan ini bukan sekadar tidak memiliki sumber kewangan yang kukuh, bahkan mempunyai masalah dalam pengurusan kewangan yang betul.

“Ada yang berpendapatan RM2,000 sudah mempunyai kad kredit dan ini sepatutnya ada limitasi memiliki kad kredit. Ini kerana mereka menggunakan duit orang lain, bukannya duit sendiri.

“Jadi, apa keperluannya untuk mereka yang baru bergraduasi memiliki kad kredit? Sepatutnya ia digunakan oleh mereka yang bekerja sekiranya ‘travel’ (kerja luar negara) dan bila balik, kita terus bayar.

“Ia untuk kemudahan sahaja, bukannya digunakan untuk mengambil kesempatan (tunjuk hidup mewah).

“Kebanyakan hari ini menggunakan kad kredit dan pinjaman peribadi untuk menampung gaya hidup.

“Contohnya mahu melancong, nak OOTD (berfesyen). Nak pergi Korea lah… pergi Jepun lah. Melancong ini apabila kita mempunyai duit lebih, bukannya guna duit pinjaman, duit orang lain,” katanya dalam Podcast Borak Harini memetik Berita Harian

Mengulas lanjut, M Bakri berkata, gaya hidup golongan muda hari ini yang suka ‘menunjuk-nunjuk’ juga menjadi punca ramai antara mereka terjerat dengan masalah kewangan, seterusnya diisytiharkan bankrap.

Baca juga: Isteri asyik merungut beli sup bunjut tak cukup, sekali suami bawa balik sepapan – “Boleh masak tiap hari”