Harta si mati tidak akan terus ke AmanahRaya – Ini jumlah wang tunai milik waris yang tidak dapat diserahkan

Oleh ARIF ATAN

Harta si mati tidak akan terus ke AmanahRaya seperti tanggapan masyarakat selama ini, kata Pengerusi Amanah Raya Bhd (AmanahRaya), Datuk Ramli Mohd Nor.

Beliau berkata, AmanahRaya masih memegang RM460 juta Wang Menunggu Dituntut (WMD) setakat akhir September lalu.

Menurutnya, WMD bukan harta beku seperti tanggapan orang ramai, sebaliknya wang tunai milik waris yang tidak dapat diserahkan atas sebab-sebab tertentu seperti waris berpindah atau alamat yang diberikan tidak tepat menyebabkan wang tidak dapat diserahkan oleh AmanahRaya.

“AmanahRaya hanya berperanan sebagai pemegang amanah kepada WMD ini sehingga serahan dibuat kepada waris yang sah.

“Ini berbeza dengan persepsi masyarakat yang menyatakan harta beku berada di AmanahRaya, yang mana ia adalah tidak benar sama sekali.

“Apabila seseorang meninggal dunia, hartanya masih di atas nama si mati sehingga pentadbiran pusaka dibuat oleh waris si mati,” lapor BH.

Baca Artikel Penuh