“Kalau macam ni jawapan MB Kelantan, aku pun boleh jadi MB!”

Oleh MAISARAH AISYA

Tular klip pendek Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Tiktok disebabkan oleh jawapan ringkas yang diberikan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Ketika disoal oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan di DUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim mengenai bandar lama Gua Musang, Nassuruddin dilihat hanya memberi jawapan ringkas.

Persoalan tersebut timbul apabila Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) itu dilihat telah menyebabkan banyak perniagaan di bandar lama Gua Musang terjejas.

Baca Artikel Penuh