Penduduk menggunakan kesempatan banjir besar untuk menjadikan ia ‘taman tema air’.
Lapor laman berita Kumparan, banjir yang melanda di Jakarta Utara baru-baru ini dipenuhi kanak-kanak yang bermandi manda.
Dalam beberapa video tular di media sosial, kanak-kanak dilihat berlari dalam air banjir, bahkan ada yang berenang.
Tiada satu pun kenderaan melintas, menyebabkan orang ramai memenuhi jalan raya untuk bermandi-manda.
Menurut Agensi, seorang penduduk setempat, Anwar, 49, berkata, aras air banjir kali ini adalah paling tinggi berbanding sebelumnya.
“Aras airnya paling tinggi kali ini. Saya juga turut sama (bermain air),” katanya.
Seorang lagi penduduk, Slamet, 29, berkata, keadaan penduduk bermandi-manda seperti itu sering terjadi terutamanya ketika hari cuti.
“Namun, kebimbangan tetap ada kerana terdapat sungai di kawasan berdekatan.
“Kami juga bimbang sekiranya ada jangkitan kerana air kotor,” katanya.
Baxa juga: Isu murid enam tahun ke Tahun Satu, KPM beri jaminan guru cukup