Kecewa bercinta lelaki seusia asyik tak jadi, Lina guna taktik skandal dengan 7 pesara untuk hidup senang

Oleh KIM SYAZIE

Seorang gadis bernama Lina didakwa menjalan cinta dengan tujuh orang pesara selepas kecewa bercinta dengan lelaki seusianya.

Lebih mengejutkan, hubungan tersebut berjalan dengan baik dengan kesemua mereka menyedari kewujudan satu sama lain.

Mereka semua bertanggungjawab untuk menampung perbelanjaan Lina dan membantunya melakukan kerja rumah seperti membersih, mencuci juga memasak malah mereka bersaing untuk mendapatkan kasih sayangnya.

Menurut laporan Oddity Central, kisah hubungan Gadis Colombia itu mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan seluruh negara selepas tular di media sosial.

Selepas beberapa siri hubungan percintaan yang mengecewakan dengan lelaki seusianya, wanita muda itu menyedari bahawa dia boleh mencapai kestabilan emosi dan kewangan dengan lebih mudah jika menyasarkan pesara.

Menggambarkan selepas satu lagi hubungan yang gagal, Lina teringat bahawa suami jirannya yang sudah berusia selalu menggodanya, dan memahami bahawa dia lebih diminati oleh pesara kerana mereka akan memberikan apa sahaja untuk bersama seorang wanita.

Sejak itu, Lina mula menghabiskan masa di taman dan tempat lelaki warga emas kesepian melepak hingga menjalin hubungan poliamor dengan tujuh pesara yang semuanya menampungnya daripada segi kewangan.

“Selepas menganalisis semua hubungan saya, saya mula berfikir, kamu tidak perlu meminta apa-apa kepada orang tua, mereka memberikan segala-galanya kerana pada usia mereka mereka tidak akan mendapat wanita seperti saya, sebab itu saya memutuskan untuk mencari lelaki tua iaitu pesara.

“Mereka akan membuatkan saya gembira sepanjang masa,” kata Lina kepada Última Hora Valle.

Tujuh teman lelaki tua yang menjadi kekasih Lian adalah Carlos, Simón, Jesús, Pablo, Manuel, dan dua lagi yang tidak mendedahkan nama mereka.

Smua lelaki itu tahu kewujudan satu sama lain dan dikatakan tiada masalah untuk berkongsi teman wanita.

Menurut Lina, dia memberi ganjaran kepada teman lelakinya atas kemurahan hati mereka dengan berkongsi katil lebih kerap dengan mereka yang memberinya banyak wang setiap bulan.

Kisah Lina baru-baru ini menjadi tular di Amerika Selatan, dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai selepas ceritanya tersebar luas.

Ada yang berpendapat bahawa dia harus dipenjarakan kerana mengambil kesempatan ke atas warga emas, sementara yang lain meluahkan perasaan kagumnya atas kelicikannya dan mengucapkan tahniah kerana mencari jalan mudah untuk kestabilan kewangan.

Lina sendiri tidak peduli pandangan orang lain kerana baginya, tiada perkara lebih penting selagi hubungannya dengan pasangan dalam keadaan baik.

Baca juga: Tak sangka plastik aiskrim Malaysia ada banyak kegunaan, boleh buat nasi impit juga!