Kecoh lelaki baling telur ke arah Raja Charles dan Permaisuri

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki ditahan selepas bertindak membaling sebutir telur ke arah pemerintah United Kingdom, Raja Charles dan isterinya, Permaisuri Camilla, ketika melaksanakan tugas rasmi di utara England, semalam.

Lelaki berkenaan yang dilabel penunjuk perasaan telah ditahan serta merta yang ketika itu berada dalam kalangan orang ramai yang sedang berkumpul bagi menyambut pasangan diraja itu.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan telur yang dilempar jatuh di atas jalan raya semasa ketibaan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla.

Baginda bagaimanapun tidak terkesan akibat serangan itu dan terus berjabat tangan dengan orang ramai.

Memetik Agensi, polis Yorkshire Utara memaklumkan bahawa lelaki berusia 23 tahun itu telah diberkas kerana mengganggu ketenteraman awam dan masih dalam tahanan.

Dia dilaporkan menjerit ‘negara ini (Britain) dibina menggunakan darah hamba-hamba’, sambil membaling telur tetapi tiada satu pun mengena pasangan monarki itu.

Baca Artikel Penuh