Kurang tawaran selepas pemergian Abam, Achey terpaksa tumpang populariti anak?

Oleh WAN SITI AMINAH

Pelawak yang terkenal dengan suara nyaring, Achey mengakui kerjayanya semakin ‘sendu’ selepas pemergian rakan seperjuangannya, Allahyarham Abam Bocey.

Malah sejak tonggak utama kumpulan Bocey itu meninggal dunia, dua ahli lain iaitu Achey dan Fad sudah lama tidak mendapat tawaran untuk melakukan persembahan.

Tidak hanya berdiam diri, situasi ini menjadi punca pemilik nama sebenar Mohd Nasir Hamzah itu memutuskan untuk mencari alternatif lain bagi menjana pendapatan.

Tidak hanya mengalihkan fokusnya kepada bidang perniagaan, Achey juga sedang menempa nama sebagai pencipta kandungan atau ‘content creator’ di media sosial.

Bukan itu sahaja, pelawak yang berusia 37 tahun itu juga langsung tidak menafikan bahawa dirinya kini menggunakan populariti anaknya, Tiara untuk mencari rezeki. 

Walau bagaimanapun, Achey tidak lupa untuk memasukkan sebahagian keuntungan yang diraih ke dalam akaun simpanan bank anak gadisnya itu, lapor Berita Harian.

Baca Artikel Penuh