Masak dengan helah pembangkang, netizen tak terkejut baca syarat peruntukan dana kerajaan

Oleh WAN SITI AMINAH

Satu pendedahan eksklusif dibuat sebuah akhbar tempatan berhubung agihan peruntukan kerajaan persekutuan kepada pihak pembangkang telah menimbulkan perbincangan hangat di media sosial.

Mana tidaknya, akhbar terbabit bertindak membongkarkan dua syarat utama yang didakwa berada di dalam terma draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan tahunan pembangunan kawasan untuk ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Sumber yang enggan dikenali itu berkata kepada Sinar Harian bahawa antara syarat diunjurkan adalah jaminan daripada pihak pembangkang untuk tidak memainkan isu 3R (agama, kaum, raja) atau menabur fitnah melampau terhadap kerajaan dalam tempoh baki penggal pentadbiran.

Pihak pembangkang juga perlu memastikan tiada lagi sebarang usaha menjatuhkan Kerajaan Madani menerusi ‘pintu belakang’ melainkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang untuk memenuhi syarat kedua penting dalam MoU tersebut.

Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai syarat penerimaan dana melibatkan wakil rakyat pembangkang ini mula ‘kecoh’ diperkatakan di media sosial termasuklah di laman X selepas tangkap layar laporan Sinar Harian dimuat naik di platform berkenaan.

Perkongsian ini dimuat naik bersama kapsyen, “Patutlah pembangkang tidak setuju, sanggup memekak siang malam kata kerajaan tak adil. Walhal tak perlu diberikan peruntukan sebab dana ahli Parlimen sudah ada. Rupanya dua syarat itu cukup berat bagi mereka”.

Baca Artikel Penuh