Perbincangan hangat tercetus di media sosial selepas warga maya menimbulkan persoalan mengapa masih ada wanita memilih untuk menaiki gerabak campuran walaupun perkhidmatan LRT dan MRT sudah menyediakan ‘women only coach’.
Menerusi satu hantaran, seorang pengguna mempersoalkan tindakan segelintir wanita yang tetap memilih untuk duduk di gerabak campuran sedangkan gerabak khas wanita masih mempunyai banyak tempat duduk kosong.
“Soalan untuk semua wanita yang naik MRT/LRT. Sekarang kan dah ada coach women only, kenapa you guys still pergi dekat coach yang mix?
“Kadang-kadang tu coach women banyak lagi seat available tapi korang masih lagi duduk dekat coach mix,” tulisnya sambil berkata soalan itu hanya sekadar ingin tahu dan berharap orang ramai tidak marah.
Isu itu segera mencetuskan pelbagai reaksi terutama golongan lelaki yang tidak mempunyai gerabak khas mereka.
Mereka menyokong soalan itu dengan mengatakan wanita sepatutnya memenuhi ruang gerabak khas untuk golongan itu sebelum duduk di gerabak campuran.
Pun begitu, pengguna MRT-LRT dalam kalangan wanita pula menjelaskan bahawa kebanyakan masa gerabak wanita memang penuh sehingga tiada tempat untuk duduk menyebabkan mereka terpaksa beralih ke gerabak lain.
Baca juga: Aliff Syukri minta bimbingan Asyraf Wajdi, nak bertanding jadi wakil rakyat?