“Ni bukan Butter, ni marjerin” – Netizen rasa meluat lihat pelakon, pelawak nyanyi lagu BTS

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu setiap minggu pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) perlu menyanyikan satu lagu dan kebanyakan masa memang hancur lagu dibawa mereka.

Terbaru semasa minggu akhir, pengacara Nabil Ahmad ditemani pelakon Amir Ahnaf membawakan lagu Butter daripada kumpulan BTS.

Kalau bawa lagu Melayu pun dah hancur apatah lagi bawa lagu penyanyi dari negara Korea walaupun lirik sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Ramai mengkritik nyanyian sumbang Amir yang dilihat tidak sesuai membawakan lagu dengan rentak rancak seperti itu.

“Kalau saya jadi host, saya dah rampas mic. Biar aku je nyanyi sumbang pun tak apa. Tak sanggup buka sound, tak apa lah biar video tu play tak ada sound.

“Haha, bukan butter ni, marjerin.

Baca Artikel Penuh