Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff mempersoalkan keperluan Pilihan Raya Kecil (PRK) ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi.
“Orang politik ni tak fikir ke rakyat sedang susah sekarang ni? Ekonomi negara baru nak dipulihkan. Anak-anak muda pula sedang berusaha cari rezeki, cari kerja tetap dan pendapatan lebih”
Personaliti televisyen itu juga turut menggesa menangguhkan dahulu hasrat untuk mengadakan pilihanraya sehingga PRu16 kelak.
“Orang politik, kalau nak gaduh pun tunggu la PRU16 nanti. Setahun sahaja lagi. Sepatutnya waktu yang berbaki untuk PRU16 ini, bantu ekonomi rakyat, negeri dan negara.”
Semalam speaker Dewan Undangan Negeri Perlis membuat kenyaraan media akan memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi kekosongan di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri.