Order 3 bungkus, sampai 2 sahaja – Lelaki bengang rider ‘rembat’ makanan pelanggan

Oleh MAISARAH AISYA

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa pesanan makanan yang dibuat menerusi aplikasi penghantaran diterima tidak lengkap kerana salah satu bungkus makanan dipercayai diambil rider penghantar.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna Threads, @jeffryaizad, dia mendakwa telah membuat pesanan tiga bungkus makanan namun hanya menerima dua bungkus ketika penghantaran dibuat.

“Kurang ajar punya rider makan benda haram. Order tiga bungkus rembat sebungkus. Lepas tu call tak mahu angkat,” tulisnya.

Dalam hantaran susulan, individu berkenaan turut mendakwa dia menemui akaun Facebook dipercayai milik rider terbabit berdasarkan nama dan maklumat yang didakwa sepadan dengan ID penghantar dalam aplikasi.

Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang berkongsi pengalaman hampir sama melibatkan isu penghantaran makanan.

“Saya pernah ordernak hantar area Jeram. Makanan RM90++ terus ghaib ke alam bunian.. call KFC kata rider dah ambil lebih 45min.. sabarlah kann,” komen Aiman.

Seorang pengguna, Salinee berkata tindakan individu terbabit memang salah namun meminta orang ramai tidak mengaitkan kesalahan tersebut dengan kaum tertentu.

“Sebagai orang India saya pun malu tapi janganlah condemn semua Indian macam tu. Ini salah individu,” tulisnya.

Sementara itu, ada juga pengguna lain berkongsi pengalaman berdepan situasi hampir sama melibatkan rider penghantaran makanan yang gagal menghantar pesanan.

“Video ini mengingatkan saya juga dengan seorang rider Foodpanda. Nama akaun itu Melayu, tapi saya order chicken rice with charsiu (pork), dia ambil makanan itu lepas tu tak hantar langsung kepada saya.

“Dalam aplikasi tulis sudah delivered. Saya pun pelik, ‘Eh, makanan tak halal pun awak ambil?’ Akhirnya saya terpaksa buat refund dalam aplikasi dan order semula lagi,” komen jiahui0253.

Baca juga: Bosan dunia glamor, pelakon cantik tukar kerjaya jadi pemungut sampah