Tular baru-baru di media sosial mengenai pemakaian rantai salib dan songkon di salah seorang pekerja yang terakam sedang memasak.
Tidak mahu pelanggan terkejut, pengurusan Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang tampil membuat penjelasan.
Memetik Harian Metro, pengurus cawangan tempatan restoran dikenali Sofia mengesahkan pekerja tersebut sudah diberhentikan.
Pihak pengurusan tersebut juga memohon maaf kepada mereka yang tersinggung serta berasa kurang senang selepas menonton video tular itu.
Sofia berkata, pihaknya juga berjanji akan lebih peka supaya tidak terlepas dengan pandang dengan perkara menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
“Saya akui ia adalah kesilapan pihak pengurusan kerana tidak memeriksa dengan teliti latar belakang bekas kakitangan kami itu.
“Dia (bekaspekerja) sudah diberhentikan oleh pengurusan sebelum saya dapat tahu lagi mengenai isu tular dan mohon maaf sangat atas kesilapan itu.
“Jujurnya, saya tak boleh tidur lena memikirkan isu berkenaan kerana terkejut apabila dapat tahu video itu tular dengan begitu cepat,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Tambah Sofia, kesemua pekerja yang ada di restoran terbabit terdiri daripada empat pekerja dari China dan seorang warga tempatan yang kesemuanya Cina Muslim.
Mengenai isu status halal, Sofia memaklumkan sedang berusaha untuk dapatkan status halal dan mengesahkan segala bahan mentah adalah dari dalam negara ini.
“Sebelum buka restoran di sini lagi, kami sudah berhubung dengan ejen dilantik bagi membantu dalam menguruskan proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Cuma proses mendapatkan sijil halal itu mengambil masa kerana banyak dokumen diperlukan dan saya pula masih muda dalam menguruskan perniagaan tapi akan cuba sehabis baik (bagi mendapatkan sijil halal).
“Bahan mentah digunakan dijamin halal dengan bekalan diperoleh daripada dalam negara. Terima kasih kepada semua yang datang,” ujarnya.
Baca juga: Ibu luluh bayi 9 bulan maut dalam kandungan, dijangkiti parasit dari najis kucing?