Pas akui PN mungkin bergabung dengan BN selepas PRU15

Oleh KIM SYAZIE

Setiausaha Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengakui Perikatan Nasional (PN) mungkin akan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu diucapkannya ketika menghadiri program Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat, Kelantan, lewat malam tadi.

Takiyuddin beliau yakin Pas mampu membentuk kerajaan dan menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu, namun menegaskan tidak sesekali akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

“Saya yakin kita dapat bentuk Kerajaan Persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima Pakatan Harapan (PH) walaupun perlu gabungan,” katanya.

Walaupun tiada sebarang perbincangan dilakukan sepanjang tempoh kempen ini, namun Takiyuddin memberitahu bahawa Presiden Pas sendiri iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyatakan bahawa gabungan bersama BN masih boleh diwujudkan selepas PRU15.

“Presiden Pas, Hadi Awang ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15) kita boleh wujudkan hubungan itu.

Baca Artikel Penuh