Pas dinasihat ketengah masalah ekonomi rakyat, jangan asyik main isu perkauman dan agama, DAP beritahu

Oleh KIM SYAZIE

Presiden Pas, Datuk Seri Abdu Hadi Awang dinasihatkan untuk lebih mengetengahkan masalah inflasi dan kos sara hidup rakyat dalam kempen mereka, berbanding terus menerus menggunakan naratif kebencian dan perkauman untuk menyerang parti lain.

Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lim Lip Eng berkata, DAP sedia menerima kritikan membina dan berdebat dengan mana-mana pihak tentang apa jua isu dilempar terhadap parti itu, namun serangan yang disasarkan Pas terhadap mereka jarang sekali mempunyai kritikan membina.

Sebaliknya beliau berkata, Pas sebagai parti yang sudah dua tahun berada di dalam kerajaan, banyak membazirkan masa untuk membangkitkan isu kaum dan agama tetapi tidak melakukan penambahbaikan di negeri yang diterajui mereka.

Baca Artikel Penuh