Pengakuan terbuka mahu jadi PM: Mungkinkah KJ akan dipastikan kecundang di Sungai Buloh?

Oleh ARIF ATAN

Rasanya Khairy Jamaluddin atau KJ adalah pemimpin Umno yang pertama mengaku secara terbuka dirinya mahu jadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, walaupun seseorang pemimpin Umno itu memang diketahui sedang merancang untuk menjadi Perdana Menteri atau berkedudukan makin hampir dengan kerusi tersebut, tetapi tidak pernah ada yang secara terbuka mengaku mahu jadi Perdana Menteri.

Secara umumnya mereka masih berselindung atau malu-malu untuk mengakui mahu jadi Perdana Menteri.

Ini kerana risiko membuat pengakuan itu boleh menjadi senjata yang menikam karier sendiri akhirnya.

Pak Lah atau Tun Abdullah Badawi ketika sudah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pun tidak pernah secara terbuka mengaku mahu jadi Perdana Menteri.

Beliau ketika itu tetap menjadi timbalan yang setia kepada Tun Mahathir Mohamad sehinggalah diserahkan jawatan itu kepadanya pada 2003.

Baca Artikel Penuh