PH sedia hadapi pilihan raya, kerusi selesai, Anwar dicalon sebagai PM, bertanding di Tambun

Oleh BORHAN AHMAD

Pakatan Harapan (Harapan) mempamirkan bahawa mereka telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke 15 apabila menunjukkan kesediaan itu menerusi Konvenyen mereka malam tadi.

Pengerusi Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diumumkan secara rasmi sebagai calon perdana menteri mereka dan beliau sendiri akan bertanding ke kerusi Tambun, Perak bagi menjadi negeri itu barisan depan gabungan itu.

Lebih 10,800 penonton (lihat gambar) mengikuti siaran secara langsung manakala lebih 7,000 memenuhi dewan Konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh malam tadi.

Ketika berucap, Anwar mengumumkan, oleh kerana Harapan telah memberikan kepercayaan kepada beliau, gabungan itu perlu memenuhi syarat beliau.

“Oleh kerana tuan-puan memilih saya, maka kena ikut syarat saya,” kata Anwar dalam majlis yang penuh gilang gemilang itu.

Antaranya, kata Anwar, bilangan menteri kabinet akan dikecilkan berbanding sekarang dan elaun untuk perdana menteri akan dikurangkan manakala untuk menteri-menteri lain pula akan dibincangkan selepas membentuk kerajaan nanti.

Ketika bercakap kepada pemberita, Anwar memaklumkan pembahagian kerusi di kalangan parti-parti dalam Harapan selesai. Mereka kini sedang menamatkan rundingan dengan Muda dan PSM serta lain-lain parti yang mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Baca Artikel Penuh