Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima limosin Aurus Senat, model kereta yang jarang dimiliki, sebagai hadiah daripada Kerajaan Persekutuan Russia.
Hadiah itu sebagai satu penghormatan istimewa yang melambangkan hubungan erat serta persahabatan kukuh antara Malaysia dan Persekutuan Rusia.
Aurus merupakan jenama kenderaan rasmi kepimpinan tertinggi Persekutuan Rusia dan sering digunakan oleh Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia dalam acara rasmi negara serta majlis diplomatik penting.
Model berkenaan jarang dimiliki di luar Persekutuan Rusia dan tidak dieksport secara meluas ke pasaran antarabangsa.
Aurus terkenal dengan gabungan teknologi moden serta ciri keselamatan bertaraf tinggi.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Muzium Garaj Khas yang menempatkan himpunan lebih 50 unit kereta dan motosikal di Moscow pada hari ini (10 Mei).
Pada lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai koleksi-koleksi yang dipamerkan di muzium itu.
Baca juga: “Ingat beli jaket bundle biasa…” – Lelaki tergamam jumpa 50,000 won dalam poket!