Sembilan negeri ekonomi tertinggal – Ini pesan pakar buat mereka yang bakal membentuk kerajaan

Oleh ARIF ATAN

Jurang pembangunan sangat jelas dengan sembilan negeri tertinggal dan berada di bawah purata pertumbuhan ekonomi manakala hanya empat negeri bertindak sebagai lokomotif pendapatan negara.

Pakar juga sudah pun menyuarakan kebimbangan mengenai realiti hampir separuh daripada isi rumah di Malaysia sekadar melihat bukan menikmati kejayaan pembangunan negara.

Malah, dalam forum Akademi Profesor Malaysia (APM) menerusi Zoom baru-baru ini turut menyenaraikan manfaat pertumbuhan tidak dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia antara 15 permasalahan struktur yang Malaysia hadapi sekian lama.

Justeru, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menjengah ini memberi cabaran kepada bakal kerajaan baharu mengenai polisi dan strategi yang perlu dilaksanakan bagi memastikan masalah jurang antara wilayah atau negeri ini dapat ditangani.

Ikuti pandangan pakar ekonomi, PROF rof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali yang juga Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) mengenai cabaran ekonomi menuju PRU15:

Manfaat pertumbuhan ekonomi yang tidak dirasai oleh sebahagian rakyat antara deretan masalah struktur yang Malaysia hadapi sekian lama.

Sepanjang 30 tahun tempoh Wawasan 2020 (1991-2020), Malaysia berhadapan dengan 4 krisis ekonomi global dan berjaya mencatat pertumbuhan purata 5.3% setahun, kurang dari yang diharapkan oleh Tun M iaitu sekitar 7% setahun ketika melontarkan Wawasan 2020.

Baca Artikel Penuh