Siasat dakwaan seleweng, SPRM jumpa 4 jongkong emas dalam serbuan Aman Palestin

Oleh WAN SITI AMINAH

Empat jongkong emas adalah antara barang yang dirampas dalam siri serbuan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dana melibatkan pertubuhan Aman Palestin.

Menurut sumber, pejabat pertubuhan bukan kerajaan iaitu Aman Palestin Berhad menjadi salah satu dari lima lokasi serbuan yang dilakukan oleh pasukan penyiasat.

Difahamkan, jongkong emas yang dirampas oleh penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu seberat satu kilogram setiap satu daripada Gred 999.9.

Selain jongkong emas, pihak penyiasat SPRM turut merampas sebanyak tiga komputer riba dan juga empat telefon bimbit dalam serbuan yang sama, lapor The Star.

Maklum sumber berkenaan, SPRM juga telah memanggil beberapa individu untuk memberikan keterangan mereka bagi menyiasat dakwaan penyelewangan tersebut.

Sementara itu, pihak The Star dilaporkan mencuba untuk menghubungi pihak Aman Palestin bagi mendapatkan kenyataan mereka mengenai rampasan jongkong emas terbabit.

Baca Artikel Penuh