Tidak semua dikurniakan bakat menyanyi walaupun lahir dalam keluarga yang bersuara sedap, namun ia boleh diasah secara perlahan-lahan.
Buat dua adik beradik yang menyertai Famili Duo, Shila Amzah dan Syahir Amzah, adik penyanyi Memori tercipta itu dilihat terlalu bergantung kepada nyanyian kakaknya sahaja.
“Syahir selepas habis pertandingan, menyanyi bukan kerjaya awak,” komen juri tetap Famili Duo, Mas Idayu.
Menurut Kosmo, Mas Idayu menyifatkan bahawa persembahan Syahir pada malam tersebut telah menggagalkan keseluruhan persembahan.
Syahir turut dilihat hanya bergantung kepada kekuatan si akak yang terkenal dengan suara lunak merdu.
“Shila memang bagus, tapi saya tengok awak macam menguasai satu pentas sendirian.
“Masuk sahaja Syahir, tempo dah salah, jujurnya bila tengok Shahir saya kasihan kepada Shila,” jelasnya.
Setuju dengan pendapat rakan juri, Ajai berpendapat bahawa Syahir tiada bakat dalam nyanyian atau setanding kakaknya.
“Memang jelas nampak macam Shila menguasai. Syahir sepatutnya kena tambah energi untuk setara dengan kakak awak,” komen Ajai.
Mereka membawa lagu Baby One More Time nyanyian asal Britney Spears selain Beat It (Michael Jackson) mengikut tema Idola/Lagenda.
Ketika disoal pengacara, Janna Nick mengenai komen juri, Shila menegaskan bahawa ini adalah pengenalan kerjaya seni buat adiknya.
“Saya tidak menyesal, pentas ini adalah ‘exposure’ untuknya, kami akan berusaha sehabis baik, mungkin setiap kemampuan orang itu berbeza,” ujar Shila.
Baca juga: “Cukuplah, buat masa ini”, Jamal lupakan niat tambah zuriat, kesian tengok isteri jaga 4 anak kecil