Terdesak cuba main politik kaum dan agama sempit-Melayu Islam diingatkan tolak Pas PRU15 ini

Oleh NASUHA RAHMAN

Rakyat khususnya orang Melayu dan Islam diingatkan agar menolak Pas dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15 bulan hadapan kerana parti itu cuba main politik kaum dan agama yang sempit.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Wira Mahfuz Omar membuat desakan tersebut berulang kali semasa menyampaikan ucapan beliau dalam siri Jelajah Pakatan Harapan (PH) di Kulim kelmarin.

Katanya, politik kaum dan agama yang sempit sedang dimainkan oleh Pas amat berbahaya dan boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan.

“Pas sedang menggunakan taktik Umno dengan memerangkap masyarakat Muslim melalui kebencian demi untuk meraih undi dan sokongan menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.

” Pas juga cuba menakut-nakutkan masyarakat Muslim dengan meracuni pemikiran mereka supaya tidak menyokong dan berada bersama PH. Politik sedemikian sudah pasti akan menimbulkan kebencian dan permusuhan yang tidak dinafikan boleh menjurus kepada perpecahan yang amat dahsyat.

“Maka itu politik sempit kaum dan agama yang dibawa oleh Pas serta juga Umno mahu pun Perikatan Nasional harus ditolak dan dinyahkan dari amalan masyarakat dalam negara ini,” tegas beliau yang juga merupakan Pengerusi PH Kedah.

Baca Artikel Penuh