Teringin nak makan telur dadar garing sama macam kedai, boleh cuba resipi dikongsi wanita ini

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau pesan sahaja telur di kedai makan mesti semua perasan betapa garingnya telur tersebut sampai rasa nak tambah nasi banyak kali.

Rupanya senang sahaja cara nak buat di rumah, guna tiga bahan sahaja, nombor dua tu paling penting, baru ranggup.

Resipi ini dikongsikan oleh pengguna Facebook, Julia ALeen Aireish.

“Ada orang tanya resipi, akak update lagi. Mengadu banyak kali buat tapi tak jadi, boleh ikut cara akak.

“Ini bukan telur sarang tau tapi telur dadar sahaja”.

Resipi telur garing (Aleen Aireish)

Bahan:

  • 1 biji telur (biasa guna size A}
  • 3 sudu makan air paip
  • secubit garam

Caranya:

  • Kacau telur sampai berbuih banyak
  • Panas minyak dalam kuali, minyak banyak dalam secawan macam tu, agak-agak je pun boleh..
  • Pastikan minyak cukup panas, tuang telur dlm kuali.. (part tuang ni, masa tuang angkat tinggi sikit bekas tu supaya telur kocok tu turun selari cantik, akan nampak percikan kerinting tu nanti di tepi nya.. bukan tuang “buk” segumpal tu..)
  • Api kuat sikit, biarkan masak garing bawahnya, lepas tu baru kalihkan sebelah ni pula, biar lagi masak garing..
  • Sediakan tapis, angkat telur toskan minyak
  • Sediakan tisu, letak telur atas tisu plak, supaya dapat serap lagi saki baki minyak yang ada.. siap.. telur elok kering tak ada minyak

Sejuk pun boleh dapat rasa ada garing-garing lagi. Selamat mencuba.

Baca juga: Dijamin meleleh air liur! Ini resipi Kerabu Tembikai khusus dari ‘oghang utagha’