Perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim berkenaan isu titah Adendum terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Ingin ditegaskan bahawa Kerajaan MADANI kekal berpegang teguh kepada prinsip penegakan negara hukum serta pengasingan kuasa.”
“Badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar. Atas prinsip inilah saya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim.”
Perdana Menteri turut menyeru supaya semua pihak tangani isu ini dengan penuh sabar.
“Saya menyeru semua pihak agar menangani isu ini dengan penuh sabar dan bijaksana. Sekalipun ada pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati kepada Dato’ Sri Najib Razak dan keluarganya, adalah tidak wajar untuk mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam keadaan yang sensitif ini.”