‘Tolonglah letak jawatan! Bulan ni saja dah 6 kali gangguan LRT’

Oleh ARIF ATAN

Orang ramai mendesak supaya pengurusan tertinggi Rapid Rail Sdn Bhd letak jawatan ekoran kekerapan gangguan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT).

Pemerhati perancangan bandar dan pengangkutan awam @slainthayer di Twitter mendakwa sudah enam kali gangguan perkhidmatan itu berlaku sepanjang bulan ini sahaja.

Menurutnya, di London, pengendali pengangkutan menerima sejumlah pakej bailout dalam usaha memastikan sistem pengangkutan ibu kota itu berjalan lancar.

“Kalau tak penjarakan semua pihak pengurusan RapidKL, tolonglah letak jawatan. Dua tahun semenjak ni dah jadi bencana sebesar alam disebabkan tiada duit bailout untuk RapidKL. London dapat £7 billion tau.

“Ini bukan kali pertama ada gangguan perkhidmatan. Bulan ni saja dah 6 kali terjadi.

“Masih lagi tiada SOP untuk staf-staf nak kena buat apa waktu macam ni. Komunikasi semua out!” ciapnya di Twitter.

Baca Artikel Penuh