Tragedi Aidilfitri, lelaki cedera parah dipijak gajah ketika mahu buang air di sungai

Oleh WAN SITI AMINAH

Malang tidak berbau, seorang lelaki dilaporkan cedera parah akibat dipijak gajah di Batu 11, dekat Tugu Peringatan, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

Tragedi tersebut difahamkan berlaku sekitar jam 7 malam ketika mangsa yang mengalami cirit-birit itu berada di kawasan berhampiran dengan sungai untuk membuang air.

Mengesahkan kejadian, Pengarah PERHILITAN Perak iaitu Yusoff Shariff turut memaklumkan bahawa mangsa mengalami kecederaan parah termasuklah patah tulang rusuk.

Lebih memburukkan keadaan, tulang kaki kiri milik lelaki yang berasal daripada Felda Bersia itu turut patah selain berlakunya pendarahan di kepalanya, lapor Berita Harian.

Menurut Yusoff, terdapat 12 orang lain berada di lokasi kejadian namun mangsa sahaja yang dipijak oleh gajah ekoran membuat keputusan untuk pergi ke sungai.

“Mangsa dikatakan mengalami cirit-birit dan pergi ke kawasan sungai, namun ketika (kejadian berlaku) itu sudah senja iaitu sekitar jam 7 malam.

Baca Artikel Penuh