Umum mahu jadi PM-Umno patut henti bantu kempen KJ di Sungai Buloh

Oleh NASUHA RAHMAN

Sejak mengumumkan dirinya ingin menjadi Perdana Menteri (PM) dan mengetuai Umno suatu hari nanti, Khairy Jamaluddin nampaknya terus menunjukkan keangkuhannya.

Kali ini beliau secara terbuka juga mendakwa Umno sebagai parti yang sudah sesat dan perlu dibawa kembali ke pangkal jalan.

Beliau turut mendakwa, ramai yang tidak berkenan dengan Umno adalah disebabkan sikap segelintir pemimpinnya yang ada sekarang ini.

Katanya, perkara pertama yang mahu dilakukannya jika memenangi Sungai Buloh, selain memastikan Ismail Sabri Yaakob kembali menjadi Perdana Menteri ialah untuk menjadikan Umno sebagai wadah perjuangan yang boleh dibanggakan orang Melayu seperti satu ketika dulu.

“Umno (kini) dah sesat, dan kena kembali ke pangkal jalan. Kena ‘fix’ (perbaiki) balik Umno ni lagi, perbetulkan Umno. Dan saya bukan ‘yes man’.

“Pertama, saya nak menang pilihan raya ini, nak pastikan Ismail Sabri kembali menjadi Perdana Menteri, selepas itu kita bersihkan balik Umno dan BN, kita cuci balik.

Baca Artikel Penuh