Wanita dakwa jadi ‘mangsa buli’ sudah meninggal, Uqasha berang masih ada individu kait namanya

Oleh MAISARAH AISYA

Tular pengguna laman X atau dikenali sebagai Twitter yang menyalahkan pelakon Uqasha Senrosa selepas kematian rakannya.

Pada Mac lalu, nama Uqasha menjadi tular selepas dikaitkan dengan kes buli yang didakwa berlaku sewaktu zaman persekolahannya.

Menurut pengguna tersebut dia menyalahkan Uqasha kerana pernah membuli rakannya satu ketika dahulu di zaman persekolahan.

Tambah pengguna tersebut, rakannya menghadap ilahi pada 31 Oktober lalu selepas bertarung menghadapi kemurungan akibat dibuli dulu.

“Aku harap Uqasha gembiralah buat kawan aku macam tu… Kali ini tuntut di Padang Mahsyar is real.

“Kawan aku melalui kehidupan yang sukar, depresi, sakit lagi sakit yang takkan boleh sembuh… Hari-hari bertarung untuk terus kuat,” tulis pengguna tersebut.

Baca Artikel Penuh