Harga emas seolah-olah ‘menekan pedal minyak’ minggu ini apabila terus mencatat paras tertinggi baharu buat kali pertama, melonjak melepasi paras AS$4,500 seauns (RM590 segram).
Kenaikan itu berlaku apabila pelabur berpusu-pusu melabur dalam logam berharga didorong oleh permintaan aset selamat serta jangkaan bahawa kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan terus diturunkan tahun depan.
Ketua Makro Global Tastylive, Ilya Spivak, emas menyasarkan paras AS$5,000 dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.
Sepanjang tahun ini, harga emas melonjak lebih 70 peratus, iaitu kenaikan tahunan terbesar sejak 1979, didorong oleh permintaan aset selamat, jangkaan pemotongan kadar faedah AS, pembelian kukuh oleh bank pusat, trend dedolarisasi serta aliran masuk dana dagangan bursa (ETF) dengan pedagang menjangkakan dua kali pemotongan kadar faedah tahun hadapan.
“Emas dan perak seolah-olah ‘menekan pedal minyak’ minggu ini apabila terus mencatat paras tertinggi baharu.
“Ia mencerminkan daya tarikannya sebagai penyimpan nilai susulan jangkaan kadar faedah AS yang lebih rendah serta beban hutang global yang masih berlarutan,” kata Ketua Penganalisis Pasaran KCM Trade, Tim Waterer.
Baca juga: Cap jari sepadan! Mayat dalam beg ditemui ditanam di Rembau sah milik Suri Narudin