Athalia tertekan, diganggu suami orang yang dianggap seperti keluarga sendiri

Oleh MAISARAH AISYA

Selepas pendedahan mengejutkan oleh penyanyi Sharifah Zarina mengenai anaknya, Athalia yang didakwa diganggu oleh seorang lelaki berstatus suami orang.

Perhatian kini beralih kepada penyanyi Athalia yang tampil ke hadapan bagi memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Menerusi Threads, Athalia memaklumkan dia merasa tertekan kerana dihujani pertanyaan mengenai siapa individu yang berstatus suami selebriti yang menganggunya.

Jelasnya, dia mempunyai hubungan persahabatan yang sangat rapat dengan keseluruhan ahli keluarga individu terbabit sejak sekian lama.

“Minggu saya dipenuhi dengan orang yang bertanya ‘siapa’, dan saya berusaha sebaik mungkin untuk tidak mendedahkan identiti individu tersebut.

“Bukan kerana saya tidak mahu memberitahu atau membongkarkan perkara itu, tetapi ia sangat mengejutkan kerana saya sebenarnya sangat rapat dan bersahabat baik dengan keseluruhan keluarga mereka,” ujarnya dalam hantaran di Threads.

Tambahnya lagi, hubungan rapat itu membuatkan situasi berkenaan menjadi lebih menjijikkan dan menyeramkan kerana dia boleh dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

“Perkara yang berlaku naru-baru ini membuatkan saya keliru mengapa lelaki yang disebut dalam kes ini sanggup melakukan perkara tersebut terhadap saya, sedangkan ramai lagi orang lain di luar sana.

“Dalam erti kata lain, saya boleh dianggap seperti anak mereka sendiri, dan itu membuatkan situasi ini terasa sangat menjijikkan serta menyeramkan,” kongsinya.

Baca juga: Cap jari sepadan! Mayat dalam beg ditemui ditanam di Rembau sah milik Suri Narudin