Dayana Roza sah bercerai talak satu, akui tiada persefahaman jadi punca

Oleh MAISARAH AISYA

Perceraian bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh mana-mana pasangan yang melayari alam perkahwinan dan setiap ikatan dibina dengan harapan untuk kekal hingga ke akhir hayat.

Selepas lima tahun bergelar isteri, pelakon Dayana Roza mengesahkan sudah bercerai sejak 18 Disember lalu.

Meskipun tiada pengumuman rasmi dibuat di media sosial, Dayana dilihat dilihat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak pada tarikh dia didakwa bercerai lapor Kosmo! Online.

“Ya memang saya hadir ke mahkamah tersebut untuk proses cerai. Saya kini sah bercerai talak satu. Kini saya sedang menjalani tempoh idah,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Jelas wanita berusia 34 tahun itu, tiada persefahaman menjadi punca penceraian dia dan usahawan A’dale Adham Ayahudin yang berkahwin pada Disember 2020.

“Sebenarnya tahun lalu kami pernah hampir bercerai. Tetapi saya memberi peluang kedua untuk pulihkan keadaan.

“Namun nampaknya sampai di sini sahaja jodoh kami,” ujarnya.

Kini Dayana memilih untuk fokus bekerja demi membesarkan anak-anaknya yang masih membesar.

“Saya perlu bekerja keras demi membesarkan anak-anak. Insya-Allah kalau ada tawaran yang sesuai dan kena dengan waktu, saya akan terima.

“Saya masih menjaga anak-anak. Mereka masih kecil dan perlukan perhatian.

“Sebelum ini saya banyak tolak tawaran lakonan demi menumpukan perhatian kepada keluarga. Tetapi kini, saya perlu kembali mencari rezeki demi anak-anak,” kongsinya.

Baca juga: Netizen kecewa nampak Pekin Ibrahim dan Mona Allen dalam video sambutan Krismas