Syahmi Sazli raih ratusan ringgit hanya dengan muat naik gambar random

Oleh KIM SYAZIE

Pempengaruh dan usahawan, Syahmi Sazli mendedahkan dia mampu menjana ratusan ringgit dengan hanya memuat naik gambar “random” di media sosial.

Menerusi beberapa hantaran di Facebook, Syahmi berkongsi jumlah pendapatan dalam USD yang diperolehnya selepas memuat naik gambar santai berkain pelikat dan duduk di atas motor.

Selepas lebih kurang dua hari, hasil pendapatan yang berjaya diraih dengan gambar tersebut mencapai lebih kurang $46.34 bersamaan RM188 untuk pertukaran nilai matawang hari ini.

Di dalam hantaran terkini, dia berkongsi lagi beberapa gambar lain yang berjaya membuahkan hasil pendapatan seperti berikut.

“Seperti yang diminta, mi tunjuk hasil dari tiga gambar, setakat ini;

1. Pakai topi SGV – RM135

2. Selipar – RM85

3. Tangan – RM42

Perkongsian itu menarik perhatian ramai pengikutnya yang meminta tunjuk ajar dan panduan bagaimana untuk mendapatkan wang dari perkongsian di Facebook.

Namun perlu diingatkan sebelum Syahmi sampai ke tahap ini, dia sendiri sudah berkecimpung lama dalam dunia pencipta kandungan di media sosial sekaligus berjaya membina jenamanya sendiri di dalam arena internet.

Baca juga: Dihalau keluar selepas 26 tahun jadi suri rumah, wanita terima pampasan lebih RM450k