Curi wang simpanan ibu, suri rumah didenda RM35,000

Oleh MALAYSIADATELINE

Masih ada anak-anak yang sudah dewasa sanggup mengkhianati ibu bapa sendiri dengan mencuri wang simpanan mereka.

Seorang suri rumah berusia 31 tahun dikenakan denda RM35,000 oleh Mahkamah Majistret Pengerang, Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan mencuri wang simpanan ibunya termasuk duit Tabung Haji RM130,000, Ogos lalu.

Hakim Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Norhasikin Abu Bakar lapor Kosmo! Online.

Tertuduh membuat membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan Norhasikin dipenjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Menurut pertuduhan Norhasikin didakwa mencuri wang sebanyak RM100,000 menerusi aplikasi THiJARI milik ibunya yang berusia 67 tahun dengan niat mencuri atas tujuan peribadi.

Manakala pertuduhan kedua pula dia didakwa mencuri wang sebanyak RM30,000 menggunak kada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Islam milik ibunya dengan niat mencuri atas tujuan peribadi.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada tarikh dan waktu yang sama bertempat di Bank Islam cawangan Bandar Penawar dan didakwa dibawah seksyen yang sama.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman yang ringan kerana tidak mempunyai pendapatan manakala suaminya yang bekerja juga tiada pendapatan tetap.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Inspektor Nor Ayu Hidayah Mohd Safri memohon hukuman setimpal.

Ini adalah memandangkan kerugian RM130,000 itu dialami oleh ibu kandung tertuduh sendiri dan wang berkenaan belum diperoleh semula warga emas berkenaan.

Baca juga: Hari pertama kerja MB baharu Perlis umum potong gaji sendiri RM3,000, exco RM1,500