‘Ini baru betul influencer’ – RM20,000 berjaya dikumpul untuk bantu keluarga memerlukan

Oleh MAISARAH AISYA

Meskipun berlainan agama, bantuan tetap diberikan walaupun masa yang ada amat terhad, kisah ini dikongsi personaliti media sosial, Farid, yang menceritakan pengalaman menyentuh hati itu.

Farid berkongsi mengenai Uncle Munies, seorang lelaki India yang memohon pertolongan sewaktu menghadapi kesusahan.

Menurut Farid, isteri Uncle Munies kini dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan buah pinggang tahap tiga dengan kos mencecah RM20,000.

“Alhamdullilah terima kasih semua yang support siaran langsung dan memberi sumbangan baik yang sedikit atau pun yang banyak kami sangat bersyukur,,” ujarnya di TikTok

Dalam pada itu, Farid tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak memberikan pertolongan sepanjang proses membantu Uncle Munis.

“Terima kasih juga kepada team team jerung, Ikhmal Nour, Harszan, Apis Dauz dan Muzz.

“Terima kasih semua atas sumbangan, kita berjaya kumpul lebih RM20,00 untuk rawatan isteri uncle,” kongsinya.

@onefaridzuan

Alhamdullilah terima kasih semua yang support live dan memberi sumbangan baik yang sedikit atau pun yang banyak kami sangat bersyukur🤲🏻❤️dan terima kasih juga pada team team jerung @IkhmalNour @harszanlagi .w @MUZZ’JUMAAT @Apis Dauz

♬ original sound – Farid – Farid

Rata-rata warganet memuji mereka yang cepat membantu, malah anak kepada Uncle Munis turut berterima kasih kerana menyelamatkan ibunya.

“Terima kasih kepada semua yang membantu rawatan ibu saya, kami menghargai anda semua,” komen anak Uncle Munis.

“Terima kasih kepada orang baik yang membantu Uncle itu. Bagusnya anak muda yang suka membantu walaupun berlainan bangsa dan agama.

“Ini baru boleh digelarkan influencer, mempengaruhi orang untuk berbuat baik dan menggunakan pengikut ke jalan yang positif.

“Aku tengah memandu sekarang nak pergi kerja, tapi berhenti tepi sebab depa ni… Aku yang comel pun boleh menitiskan air mata, apatah lagi korang yang lawa,” antara komen lain pengguna TikTok.

Baca juga: Kanak-kanak mandi manda dalam banjir, sekelip mata jadi ‘water park’