“Aku ingat chat dia nama ‘love’ tu aku, rupanya kawan dia, siap bersayang, rupanya isteri aku…”

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap pasangan yang ingin berkahwin perlu jujur antara satu sama lain sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

Apatah lagi di zaman sekarang ini terlalu ramai yang meminati kaum sejenis, tapi berkahwin untuk tutup mulut orang.

Seorang lelaki akui terkejut apabila terjumpa mesej isteri bersama pasangan lain di WhatsApp web.

Menerusi perkongsian di X, lelaki tersebut memaklumkan mengenai isterinya yang kantoi mempunyai hubungan dengan kaum sejenis.

Jelasnya dia dan isteri berkahwin pada Januari 2023 setelah setahun berkenalan dan mereka juga bekerja di syarikat sama cuma berbeza jabatan.

“Isteri aku ni ada seorang kawan baik perempuan dan aku tak kisah dia cakap diorang dah lama berkawan.

Baca Artikel Penuh