Papa Zola The Movie menjadi fenomena ketika ini apabila mencatat kutipan RM43 juta, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai antara filem animasi tempatan paling berjaya dalam sejarah perfileman Malaysia.
Bukan sekadar filem di panggung, kreativiti pasukan Papa Zola dalam merangka promosi di media sosial turut berjaya mencuri perhatian ramai.
Ia selepas pendekatan unik mereka menggunakan dialek negeri pada papan iklan yang dipaparkan di beberapa negeri, sekali gus mengundang reaksi netizen yang tidak kering gusi mengusik dialek-dialek setiap negeri.
Paling mencuit hati pastinya papan iklan di Perlis yang menggunakan jenaka “hanya 8 orang rakyat Perlis”.

Baca juga: Suami risau tak dapat jumpa mak ayah, isteri enggan balik jumpa kakak ipar penyondol