Gara-gara pertikaian harta pusaka, seorang wanita di Madura, Jawa Timur sanggup membiarkan rumah adik kandungnya dirobohkan menggunakan jengkaut, lapor portal Indopop.
Tindakan itu tular selepas satu rakaman video menunjukkan jengkaut sedang merobohkan rumah tersebut, dipercayai atas arahan si kakak yang mendapat perintah pelaksanaan daripada pihak berkuasa.
“Tiada istilah saudara jika ia berkaitan dengan harta,” demikian kapsyen yang tertera pada video berkenaan menurut laporan AFP.
Menurut perakam video, tindakan perobohan dilakukan selepas mahkamah memutuskan hak harta pusaka berpihak kepada si kakak, dengan proses dijalankan di bawah pemantauan pihak berkuasa.
Turut dilaporkan, sebanyak empat struktur kediaman di kawasan itu dirobohkan melibatkan tiga buah rumah dan sebuah dapur.
Difahamkan, si adik sempat merayu agar kediamannya tidak dirobohkan, namun permintaan tersebut ditolak kerana proses itu telah pun diluluskan secara sah oleh mahkamah.
Baca juga: Lelaki terharu jadi makmum solat pekerja Bangladesh, bacaan macam imam Masjidil Haram!