Restoran Rembayung disangka ada ‘hantu’, Khairul Aming tampil jelaskan keadaan

Oleh MAISARAH AISYA

Bakal membuka tirainya pada tahun hadapan, kedai Rembayung milik usahawan Khairul Aming kini sudah mencuri perhatian ramai, malah menjadi bualan warganet meskipun belum beroperasi secara rasmi.

Seorang pengguna Threads, Khairul Ammar berkongsi kisah mengejutkan apabila mendakwa kedai Rembayung di buka pada 20 Disember lalu.

“Saya ada urusan di Bangi. Jadi malam tu ada masa terluang dan merondalah saya di bandaraya Kuala Lumpur bersama teman teman dalam sebiji kereta.

“Kemudian lalu la kat kedai si KA (Khairul Amin) ni yang kata nilainya RM 4 juta dan ternampak sekitar belasan orang dalam kedainya.

“Yang menjadi persoalan saya. Katanya pembukaan bulan 1 tahun 2026. Habis tu malam baru ni saya lalu tengok ramai pula yang makan makan kat dalam tu.

“Ada yang boleh jelas kan tak apa yg berlaku? Ke saya nampak hantu datang makan kat situ,” kongsi Khairul.

Tidak menunggu lama, Khairul membalas hantaran tersebut memaklumkan dia mengajak rakan terdekat untuk membuat simulasi bagi melancarkan proses pembukaan restorannya.

“betul,belum buka lagi dan tu bukan hantu. Itu dinner simulation kita buat dengan staf

“Kawan-kawan pun datang berlakon jadi pelanggan. Staf kena buat simulasi banyak kali untuk persiapan bagi pembukaan nanti,” ujar Khairul.

Baca juga: Ibu bapa pengantin perempuan tak keluar belanja majlis, tapi nak semua duit salam kalut