Sajat naik angin laporan dakwa dia meninggal dunia

Oleh KIM SYAZIE

Usahawan kontroversi, Nur Sajat menyelar satu laman Facebook yang mendakwa dia telah pun meninggal dunia di London kelmarin.

Menerusi perkongsian di TikTok, Sajat meluahkan rasa marah terhadap pengendali akaun berkenaan yang membuat dakwaan palsu seperti itu 

Dia mendesak agar hantaran fitnah tersebut dipadam segera oleh laman tersebut.

Laman berkenaan ada menyertakan pautan berita mengenai seorang polis di London yang mati ditembak. Netizen percaya polis berkenaan mungkin bernama Sajjad.

Pun begitu hasil carian tidak menjumpai berita mengenai polis bernama Sajjad yang mati ditembak. Tetapi terdapat maklumat bahawa polis yang meninggal di London itu bernama Matiu Ratana dan bukan Sajjad.

Baca juga: “Menggalakkan perceraian? Kerja gila!” – Coach Cerai tampil jawab kontroversi